Sabtu, 16 Mei 2020 | 10:30am

Peneraju Trend Komputer riba, HUAWEI MateBook X Pro, MateBook 13, MateBook D14 dan D15 dijual mulai hari ini

KUALA LUMPUR : Pengguna yang ternanti-nantikan produk HUAWEI, bolehlah dapatkan komputer riba yang menerajui trend, iaitu HUAWEI MateBook X Pro, MateBook 13, MateBook D 14 dan MateBook D 15 yang dijual di HUAWEI Store mulai hari ini: https://shop.huawei.com/my/product/huawei-matebook-x-pro-2020

Dengan teknologi komputer riba yang terkemuka di dunia, ciri-ciri pintar dan percuma, inilah teknologi paling bergaya yang akan membuatkan anda ingin membeli HUAWEI MateBook X Pro dan notebook dalam siri MateBook hari ini!

Teknologi bergaya # 1: Skrin sentuh resolusi 3K dan paparan penuh yang menakjubkan

HUAWEI MateBook X Pro memanfaatkan keupayaan reka bentuk industri terkemuka, dengan paparan Ultra FullView yang menyokong resolusi dan skrin sentuh hingga 3K untuk memberikan pengguna cara baharu dan lebih intuitif untuk berinteraksi dengan peranti mereka.

Warnanya cukup menarik sehingga menghidupkan kandungan dan akan mewujudkan pengalaman hiburan lebih hebat untuk kenikmatan yang lebih besar.

HUAWEI MateBook 13 juga mempunyai paparan FullView 2K, dengan kerjasama Multi-sentuh dan Multi-skrin. Kolaborasi Multi-skrin dan butang kuasa dengan sensor cap jari pastinya memberikan kemudahan kepada anda.

Begitu juga Siri MateBook D juga hebat dan mengesankan, dengan paparan FullView yang memaksimumkan penggunaan panel layar, serta layar IPS 1080p FHD bersama perlindungan anti-silau dan perlindungan cahaya biru rendah.

Ia diperakui TUV Rheinland untuk menambahkan lebih banyak kemudahan kepada tugas produktiviti harian, terutamanya untuk pelajar.

Teknologi bergaya # 2: Ultra Slim, ringan dan kehalusan pembuatan bertaraf dunia

Dengan produktiviti yang hebat, ia boleh dibawa dengan mudah dan ini dapat dicapai dengan reka bentuk HUAWEI MateBook X Pro yang anggun.

Ketebalannya hanya 14.6mm dan berat hanya 1.33kg, menjadikannya sempurna untuk dibawa ke dalam beg galas atau beg tote.

Dengan bezel ramping di semua sisi, MateBook X Pro mempunyai nisbah skrin-ke-badan 91 peratus yang mengagumkan dengan nisbah aspek 3: 2 yang tidak konvensional untuk paparan dan membuatkannya sesuai untuk produktiviti tugas perniagaan dan penghasilan kandungan dalam talian (online content creation).

HUAWEI MateBook 13 menampilkan reka bentuk logam minimalis dengan tepi licin dan berat sekitar 1.3kg, menjadikannya sesuai untuk mereka yang dalam perjalanan.

Untuk siri HUAWEI MateBook D dan MateBook D 14, ia berukuran sama dengan majalah dan beratnya hanya 1.38kg.

Teknologi bergaya # 3: Reka bentuk inovatif dengan kamera tersembunyi

Keselamatan sangat penting dalam era digital masa kini. HUAWEI yang peka hal ini telah memperhatikannya dengan memasukkan kamera tersembunyi ke dalam reka bentuknya.

Tersedia pada semua siri HUAWEI MateBook yang baru dilancarkan hari ini, kamera tersembunyi juga mengecilkan faktor bentuk komputer riba dan memberikan keselamatan kepada pengguna sambil menggunakan notebook mereka untuk bekerja dan bermain.

Teknologi bergaya # 4: HUAWEI Share kaedah berkongsi yang bergaya

Dengan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang kini dilanjutkan hingga bulan Jun, banyak yang masih memilih untuk bekerja dari rumah untuk keselamatan mereka dan yang lain.

Cara kerja dari rumah ini menjadi lebih mudah dengan HUAWEI Share, yang tersedia pada peranti yang memanfaatkan teknologi diedarkan EMU10 HUAWEI, sekali gus memungkinkan untuk menghubungkan yang lebih baik di semua peranti.

Jadi, bagi anda yang bekerja dari rumah, pastinya HUAWEI Share membantu tugasan anda menjadi lancar dan tidak ada apa yang perlu dibimbangkan lagi.

Hanya dengan satu ketukan, pengguna dapat berkongsi data, memindahkan fail, video dan dokumen dengan mudah.

Dengan HUAWEI Share, pengguna juga dapat menyambungkan telefon mereka ke notebook masing-masing dan mengendalikan kedua-dua skrin sekaligus.

Ini juga membolehkan mereka menggunakan periferal notebook seperti layar yang lebih besar untuk lebih terperinci dan papan kekunci untuk kemudahan menaip yang lebih besar.

Teknologi bergaya # 5: Kekuatan tahan lama dengan hayat bateri sehingga 15 jam

HUAWEI MateBook X Pro dilengkapi dengan bateri 56Wh yang besar - ditambah dengan mod penjimatan kuasa HUAWEI, pengguna dapat menikmati hayat bateri sehingga 15 jam tanpa perlu risau untuk mengecasnya dengan kerap.

Teknologi bergaya # 6: 2-in-1 65W Type-C Portable Adapter

Siri HUAWEI MateBook dilengkapi dengan penyesuai mudah alih Type-C 65W yang dapat digunakan dengan pelbagai output pengisian. Ini bermaksud pengguna dapat mengecas komputer riba dan telefon pintar mereka dengan cepat di mana sahaja mereka berada.

Teknologi bergaya # 7: Prestasi kuat untuk pengalaman pengguna terbaik

Sesuai dengan status model utamanya, HUAWEI MateBook X Pro memberikan prestasi tanpa kompromi dan dikuasai oleh CPU Intel Core generasi ke-10 i7-10510U dan NVIDIA GeForce MX250 dengan 2GB GDDR5, memberikan prestasi yang pantas untuk gaming, penyuntingan video dan grafik serta tontonan multimedia.

Ditambah dengan RAM 16GB dan SSD 1TB, ia memberikan pengalaman yang lancar untuk setiap senario.

HUAWEI MateBook 13 dilengkapi dengan pemproses Intel Core Generasi ke-10, RAM 16 GB, sedangkan HUAWEI MateBook D 14 dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen ™ 5 3500U 12nm dan Radeon ™ Vega 8 Graphics bersepadu.

HUAWEI MateBook D 15 pun mempunyai pemproses AMD Ryzen ™ 7 3700U dan Radeon ™ RX Vega 10 Graphics bersepadu, memberikan operasi yang lancar untuk aplikasi reka bentuk popular seperti Photoshop dan Premiere.

Teknologi bergaya # 8: Harga dan hadiah percuma

Keempat-empat produk HUAWEI MateBook kini boleh dibeli di HUAWEI Store dan pelanggan dapat menikmati hadiah dan tawaran yang lumayan.

Untuk setiap pembelian HUAWEI MateBook X Pro, pelanggan akan menerima hadiah eksklusif HUAWEI Sound X, pembesar suara terkini dari HUAWEI yang direka bersama dengan Devialet, sementara stok masih ada.

Produk: HUAWEI MateBook X Pro

Warna: Space Grey dan Emerald Green**

Spesifikasi produk: i7 / 16G /1TB SSD/MX250

Harga: RM 7,999

Hadiah percuma: HUAWEI Sound X, HUAWEI Bluetooth Mouse, HUAWEI Backpack, HUAWEI Band 4

** Ketibaan Emerald Green akan diumumkan kelak

Produk: HUAWEI MateBook 13

Warna: Space Grey

Spesifikasi produk: i7/16G/512G/MX250 & i5/16G/512G/MX250 & R5/16G/512G/Vega 8

Harga: RM4,999 & RM4,999 & RM3,499

Hadiah percuma: HUAWEI Bluetooth Mouse, HUAWEI Backpack, HUAWEI Band 4

Produk: HUAWEI MateBook D 14

Warna: Mystic Silver

Spesifikasi produk: R7/8G/512G/Vega 8

Harga: RM2,899

Hadiah percuma: HUAWEI Bluetooth Mouse, HUAWEI Backpack, HUAWEI Band 4

Produk: HUAWEI MateBook D 15

Warna: Mystic

Spesifikasi: R7/8G/512G/Vega 10

Harga: RM2,899

Hadiah percuma: HUAWEI Bluetooth Mouse, HUAWEI Backpack, HUAWEI Band 4

* Sementara stok masih ada

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai produk terbaru HUAWEI, layari HUAWEI Store atau nantikan halaman Facebook HUAWEI di https://www.facebook.com/HuaweimobileMY/.

Berita Harian X