Jumaat, 14 Jun 2019 | 4:07pm
Baskin Robbins ‘Bungkus of Happiness’

Baskin Robbins tampil aiskrim edisi khas Aidilfitri

KUALA LUMPUR: Rangkaian ais krim terbesar di dunia Baskin Robbins bekerjasama dengan jenama pereka tempatan terkenal Datuk Tom Abang Saufi (TAS) bagi edisi khas sempena hari raya.

Edisi terhad yang dinamakan ‘Bungkus of Happiness’ ini disertakan dengan tiga rekaan selendang Baskin Robbins yang direka khas dengan menggabungkan unsur moden dan rekaan tradisional.

“Bungkus of Happiness’ adalah hamper istimewa yang boleh dikongsi dengan ahli keluarga dan rakan-rakan.

“Nama ‘bungkus’ yang diambil untuk pek ini membawa pengertian selendang yang direka khas oleh TAS, manakala ‘kebahagiaan’ yang dimaksudkan ialah ais krim Baskin Robbins yang lazat, penuh dengan nikmat manis dan kepuasaan dalam setiap suapan,” katanya dalam satu kenyataan.

TAS ialah pereka terkemuka dalam industri fesyen Malaysia dan terkenal dengan usaha beliau dalam mempromosikan budaya batik berwarna-warni.

Antara tiga selendang yang direka untuk Baskin-Robbins ialah selendang Ketupat, selendang Ais krim dan selendang Wafel di mana semua selendang ini diperbuat dari kain campuran sutera berkualiti tinggi.

‘Bungkus of Happiness’ ditawarkan dalam pek 10 Junior Scoop (RM115), 8 Regular Scoop (RM125) atau 4 Pints (RM145) mengikut perasa ais krim pilihan yang disertakan dengan selendang Baskin-Robbins X TAS edisi terhad.

Promosi ini sah sehingga 31 Julai 2019.

Berita Harian X