Rabu, 29 April 2020 | 1:19am
Portal jual beli dalam talian, Mudah.my menawarkan agihan kredit bernilai RM1 juta kepada pengusaha kecil dan mikro sepanjang Ramadan
Portal jual beli dalam talian, Mudah.my menawarkan agihan kredit bernilai RM1 juta kepada pengusaha kecil dan mikro sepanjang Ramadan

Mudah.my agih kredit RM1 juta untuk peniaga Ramadan

KUALA LUMPUR: Portal jual beli dalam talian, Mudah.my, tampil dengan inisiatif baharu, "Ramadan bersama Mudah.my" dalam usaha membantu perniagaan kecil dan mikro berhubung dengan pembeli secara berkesan dan selamat tanpa perlu keluar rumah.

Kempen ini juga adalah di antara projek yang terkandung dalam inisiatif #mudahsokonglokal, dengan Mudah.my menyasar untuk bertindak sebagai platform yang menyokong perniagaan dan perusahaan di negara ini, ketika negara berdepan situasi mencabar ketika ini.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Mudah.my, Gaurav Bhasin, berkata dengan lebih 8 juta pengguna negara ini dicatatkannya setiap bulan, Mudah.my ingin menyediakan peluang pemasaran lebih luas and efektif kepada perusahaan kecil dan mikro menjual produk ketika Ramadan.

"Mudah.my memperuntukkan kredit pengiklanan bernilai RM1juta untuk diberikan kepada peniaga yang menyertai kempen "Ramadan Bersama Mudah.my".

"Peniaga akan menerima kredit bernilai RM100 yang boleh digunakan untuk menyerlahkan perniagaan mereka dan seterusnya membawa kepada peningkatan jualan.

"Kategori yang termasuk dalam kempen ini ialah makanan, fesyen, kesihatan dan kecantikan, peralatan mandian dan bilik tidur, peralatan rumah, perkakas dapur dan perabot serta hiasan rumah," katanya menerusi kenyataan hari ini.

Gaurav berkata, SME Corp Malaysia melaporkan perniagaan mikro, kecil dan sederhana di negara ini merangkumi 66 peratus tenaga kerja.

Justeru itu, katanya Mudah.my berbangga dapat menghulurkan sokongan untuk perniagaan tempatan dan menghubungkan pengguna dengan keperluan Ramadan pada masa yang sama.

Beliau berkata, perniagaan yang berminat menyertai kempen Ramadan Bersama Mudah.my boleh melayari https://insights.mudah.my/ramadan-bersama-mudah/ atau menghubungi kami melalui e-mel [email protected] dan 012-230 0316 untuk maklumat lanjut.

"Selain itu, Mudah.my juga melancarkan kempen #mudahdirumah di mana orang ramai boleh membaca berita terkini dan benar mengenai COVID-19, termasuk data kes yang dikemas kini setiap hari.

"Melalui kempen ini, petugas Mudah.my dan rakyat negara ini boleh juga menyampaikan mesej penghargaan kepada barisan hadapan negara yang memastikan keselamatan kita semua di media sosial.

Kandungan kempen ini tersedia di https://insights.mudah.my/," katanya.

Berita Harian X