Rabu, 23 Ogos 2017 | 12:32am

8 maut ditimbun sampah

CONAKRY: Lapan maut dan berpuluh lain cedera di di Guinea apabila timbunan sampah di pinggir ibu kota itu runtuh selepas hujan lebat.

Pegawai Kanan polis, Boubacar Kasse, berkata insiden berlaku di Hamdallai, terletak di daerah Ratoma, selepas hujan lebat selama seminggu.

Beliau berkata, lima mayat, termasuk dua kanak-kanak sudah dibawa ke rumah mayat di sini.

Seorang wartawan AFP di lokasi kemudian menemui tiga mayat lain dalam timbunan sampah terbabit.

Polis berkata, puluhan mangsa yang cedera dibawa ke hospital.

"Timbunan sampah menimpa tiga rumah. Masih ramai tertimbus dan kami perlu melakukan segala-galanya untuk menyelamatkan mereka.

"Kami perlu membawa masuk jentolak. Akses ke kawasan kejadian amat sukar," katanya. - AFP

Berita Harian X