Jumaat, 3 Ogos 2018 | 7:28am
SEBUAH ambulans masuk ke bandar Beni, di wilayah Kivu, Congo. Virus Ebola yang menyerang Congo adalah dari jenis yang pernah melanda Zaire, dan ia berjaya ditangani menerusi suntikan vaksin. - Foto Reuters

Vaksin mampu tangani penularan Ebola

DAKAR: Kementerian Kesihatan Republik Demokratik Congo (Congo) berkata, virus Ebola yang menyerang negara itu adalah dari jenis yang pernah melanda Zaire, dan ia berjaya ditangani menerusi suntikan vaksin.

Seramai empat penduduk di Mangina, iaitu bandar yang mempunyai kira-kira 60,000 penduduk di wilayah utara Kivu sudah disahkan positif Ebola.

Bandar itu terletak kira-kira 100 kilometer dari sempadan Uganda.

Sementara, 20 lagi penduduk disahkan mati akibat demam berdarah di kawasan berkenaan, kebanyakannya pada pertengahan bulan lalu. - Reuters

Berita Harian X