Sabtu, 16 Februari 2019 | 10:58pm
14 warga Tunisia diculik di Zawiya, Libya.

14 pekerja Tunisia diculik di Libya

TUNIS: Anggota militan dilaporkan menculik sekumpulan pekerja di kawasan berhampiran ibu negara Libya dan mendesak pembebasan ahlinya yang ditahan di Tunisia.

Menurut sumber diplomatik dan Kerajaan Perjanjian Negara Libya yang berpangkalan di Tripoli, seramai 14 pekerja ditahan sebagai tebusan.

“Kementerian Luar sedang memantau kes membabitkan warga Tunisia, iaitu penculikan oleh kumpulan bersenjata Libya berhampiran Zawiya,” kata Kementerian Luar Tunisia di laman Facebook rasminya.

Aktivis, Mustapha Abdelkebir, berkata kumpulan bersenjata adalah dalang di sebalik insiden penculikan pada Khamis lalu, dan mereka mendesak pembebasan seorang anggota mereka yang sedang ditahan di Tunisia.

“Menteri sudah menghubungi rakan sejawatannya di Libya bagi mendesak perlindungan diberikan kepada tebusan itu, menyegerakan proses pembebasan dan memastikan mereka kembali dengan selamat,” kata Kementerian Luar Tunisia. - AFP

148 dibaca
Berita Harian X