Ahad, 21 April 2019 | 1:57am
Keadaan nahas bot di Tasik Kivu timur Republik Demokratik Congo pada minggu lepas. - Foto zimetro.co.zw

Angka bot karam meningkat 40 orang di Congo

KINSHASA: Lebih 27 orang ditemui mati selepas terbabit dalam nahas bot di Tasik Kivu di timur Republik Demokratik Congo pada minggu lepas sekali gus menjadikan jumlah kematian meningkat kepada 40 orang.

Menteri Dalam Negeri, Basile Olongo berkata, mayat terbabit ditemui di sempadan yang merentasi pantai timur tasik di Rwanda.

Difahamkan bot terbabit sedang membawa kira-kira 200 penumpang sebelum ia karam dan 100 yang lain dilaporkan masih hilang.-Reuters.

380 dibaca
Berita Harian X