Ahad, 19 Mei 2019 | 9:35am
ARNOLD Schwarzenegger ditendang seorang lelaki di belakang semalam ketika pelakon itu berbual dengan peminat di Pusat Konvensyen Sandton di Johannesburg. - Foto AFP

'Terminator' kena tendang

JOHANNESBURG: Pelakon aksi ternama Hollywood, Arnold Schwarzenegger, ditendang seorang lelaki di belakang semalam ketika pelakon itu menjadi hos satu acara sukan di Afrika Selatan.

Bekas ahli bina badan itu sedang berbual dengan peminat di Pusat Konvensyen Sandton di Johannesburg apabila seorang lelaki tiba-tiba melompat dan menendang belakangnya.

“Terima kasih di atas keprihatinan anda tetapi tiada apa perlu dibimbangkan.

“Saya sangka saya ditolak orang ramai, yang selalu berlaku. Saya sedar saya ditendang apabila melihat video seperti anda semua.

Saya gembira si bodoh itu tidak mengganggu Snapchat saya,” kata

Schwarzenegger, 71, di Twitter.

Bintang ‘Terminator’ itu berada di Johannesburg sebagai hos pesta pelbagai sukan antarabangsa tahunan, Arnold Classic Africa.

“Beliau diserang tiba-tiba oleh peminat ketika berjalan untuk menyokong atlit,” kata penganjur, menambah penyerang itu, yang ditangkap segera, mempunyai sejarah melakukan perkara sama pada masa lalu.

Schwarzenegger berkata, beliau tidak akan memfailkan dakwaan. — AFP

Berita Harian X