Isnin, 15 Julai 2019 | 8:30pm
Gambar fail, seorang pekerja kesihatan mengukur suhu lelaki di ALIMA (Perikatan untuk Tindakan Perubatan Antarabangsa) Pusat rawatan Ebola di Beni, Republik Congo. - Foto REUTERS
Gambar fail, seorang pekerja kesihatan mengukur suhu lelaki di ALIMA (Perikatan untuk Tindakan Perubatan Antarabangsa) Pusat rawatan Ebola di Beni, Republik Congo. - Foto REUTERS

Dua pekerja tangani wabak Ebola maut ditembak

GOMA: Penyerang tidak dikenali membunuh dua pekerja kesihatan terbabit dalam operasi memerangi penularan wabak Ebola di timur Congo minggu ini, kata kementerian kesihatan, hari ini.

Ia adalah serangan terbaru dalam usaha menggagalkan operasi mengekang penyebaran virus itu.

Menurut kenyataan kementerian, kedua-dua yang terbunuh adalah pekerja komuniti yang berkhidmat berhampiran Mukulia di wilayah Utara Kivu dan pernah menerima ancaman serangan sejak Disember lalu.

Ketidakpercayaan penduduk tempatan terhadap pegawai kesihatan dan keganasan militan di timur Congo menyebabkan jumlah kes Ebola meningkat.

Hampir 2,500 orang dijangkiti dan 1,600 maut akibat virus itu dalam penularan kedua terbesar pernah direkodkan di negara itu.-Reuters.

Berita Harian X