Isnin, 22 Julai 2019 | 9:07pm
ORANG ramai mengangkat mayat mangsa yang terkorban dalam letupan di luar sebuah hotel berhampiran lapangan terbang antarabangsa Somalia. - Foto Reuters
ORANG ramai mengangkat mayat mangsa yang terkorban dalam letupan di luar sebuah hotel berhampiran lapangan terbang antarabangsa Somalia. - Foto Reuters

17 maut bom meletup di Somalia

MOGADISHU: Sekurang-kurangnya 17 orang terbunuh manakala 28 lagi cedera apabila sebutir bom meletup di luar sebuah hotel berhampiran lapangan terbang antarabangsa Somalia, dekat sini, kata pegawai perubatan.

Pengarah hospital, Mohammed Yusuf berkata, hospital di bandar Madina menerima 17 mayat dan 28 mangsa yang cedera dengan 12 daripadanya mengalami kecederaan serius.

Seorang pemilik kedai dan juga saksi, Farah Hussein berkata, letupan berlaku di pusat pemeriksaan pertama di sebatang jalan raya yang menuju ke lapangan terbang ibu kota Somalia itu.

Difahamkan, kumpulan militan al-Shabaab yang mempunyai kaitan dengan Al-Qaeda dipercayai bertanggungjawab melakukan serangan. - Reuters

Berita Harian X