Selasa, 30 Julai 2019 | 4:40pm
Raja Mohammed VI (tengah) berkenan mengampunkan 4,764 banduan. - Foto EPA

Raja Maghribi ampun 4,764 banduan

RABAT: Raja Maghribi, Raja Mohammed VI berkenan mengampunkan 4,764 banduan, termasuk anggota gerakan ‘Hirak’ yang pernah menggegarkan negara itu pada 2016, sempena sambutan ulang tahun ke-20 tahun baginda menduduki takhta, kata pihak berkuasa.

Menurut kenyataan rasmi, 4,764 orang diampunkan termasuk mereka yang ditahan ketika bantahan di wilayah utara. Tidak ada sebarang butiran dilaporkan.

Gerakan Al-Hirak al-Shaabi atau ‘Gerakan Popular’ tercetus susulan kematian seorang nelayan tetapi merebak kepada tuntutan pembangunan dan tindakan terhadap rasuah serta pengangguran.

Lebih daripada 400 penunjuk perasaan termasuk mereka yang cuba berhubung dengan penunjuk perasaan, tetapi tidak ada angka rasmi diberikan.

Kira-kira 250 daripada mereka sudah mendapat pengampunan.

Pada masa sama, Raja turut mengumumkan perubahan kerajaan dan wajah baru dalam politik serta pentadbiran untuk membantu menyeimbangkan keadaan.

Ketika berucap di istana di Tetouan, baginda mengalukan perkembangan dalam bidang infrastruktur dan kebebasan di negara itu kerana apa yang sedia ada masih kurang memberi kesan. - AFP

Berita Harian X