Jumaat, 2 Ogos 2019 | 12:54am
FOTO hiasan.

6 kanak-kanak Guinea maut dipanah petir

CONAKRY: Enam kanak-kanak berusia antara empat dan 10 tahun maut, selepas terkena panahan petir, ketika sedang membuat teh di bawah pokok mangga di timur laut Guinea, kelmarin.

Saksi tempatan, Mamadi Doumbouya berkata, ribut bermula pada hampir jam 7.00 petang waktu tempatan di Siguiri yang terletak berhampiran sempadan dengan Mali.

Katanya, kumpulan lapan kanak-kanak yang ditemui dua ibu mereka berada di bawah pokok mangga di belakang rumah mereka.

“Saya menjemput semua berlindung di rumah saya. Semua wanita berlari masuk, namun kanak-kanak terbabit masih kekal untuk membuat cawan teh terakhir,” katanya.

Kemudian kilat menyambar pokok mangga itu dan apabila Doumbouya bergegas keluar, semua kanak-kanak terbabit terbaring dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Katanya, enam kanak-kanak terbabit termasuk lima perempuan dan seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun meninggal dunia, ketika dalam perjalanan ke hospital. - AFP

349 dibaca
Berita Harian X