Selasa, 6 Ogos 2019 | 5:27pm
PENYELARAS Hal Ehwal Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (OCHA).

1,800 maut akibat malaria di Burundi -PBB

NAIROBI: Wabak malaria telah membunuh lebih 1,800 orang di Burundi tahun ini, kata Pejabat Penyelaras Hal Ehwal Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (OCHA).

Jumlah terbabit hampir menyamai wabak maut Ebola yang melanda negara jiran, Republik Demokratik Congo (DRC).

Dalam laporan situasi terbaru OCHA berkata, sebanyak 5.7 juta kes malaria telah direkodkan di Burundi pada 2019, iaitu angka yang hampir sama dengan separuh penduduknya.

Daripada kes itu OCHA berkata, sebanyak 1,801 orang dilaporkan maut akibat wabak bawaan nyamuk di Burundi iaitu antara 1 Januari dan 21 Julai tahun ini.

Namun negara kecil yang didiami 11 juta penduduk terletak di wilayah Tasik Besar Afrika itu belum mengisytiharkan darurat walaupun OCHA menyatakan ia sudah melangkaui ‘sejumlah besar wabak’ pada Mei lalu. -AFP

75 dibaca
Berita Harian X