Jumaat, 9 Ogos 2019 | 8:01pm
Presiden Chad, Idriss Deby. - Foto Getty Image

37 maut dalam keganasan di Chad

N’DJAMENA: Sekurang-kurangnya 37 orang terbunuh dalam pertempuran antara kumpulan etnik yang bertelagah di Chad di sini, kata Presidennya, Idriss Deby, hari ini.

“Konflik sesama etnik telah menjadi kebimbangan nasional.

“Dalam tempoh tiga hari, seramai 37 penduduk Chad dibunuh di Ouaddie,” kata Idris dalam sidang media.

Difahamkan keganasan berpunca antara pengembala unta yang hidup secara nomad dan petani tempatan susulan perebutan tanah di wilayah timur bersempadan dengan Sudan. -AFP

117 dibaca
Berita Harian X