Sabtu, 10 Ogos 2019 | 5:01pm

57 terbunuh, lori tangki minyak meletup di Tanzania

DAR ES SALAAM: 57 terbunuh manakala 65 lagi cedera apabila sebuah lori tangki minyak meletup selepas terbabit dalam satu kemalangan di Tanzania hari ini.

Media rasmi TBC Taifa berkata, kebanyakan mangsa cedera apabila lori tangki meletup ketika mereka cuba mencuri petrol.

Letupan berlaku kira-kira 200 kilometer di barat ibu negara Dar Es Salaam.

“Kami menerima berita sedih mengenai kemalangan yang membabitkan sebuah lori tangki minyak di Morogoro, yang terbakar dan meletup,” kata jurucakap kerajaan, Hassan Abbasi di Twitter. - Reuters

210 dibaca
Berita Harian X