Sabtu, 2 November 2019 | 9:10am
Seramai 35 tentera terbunuh dalam serangan pengganas di Mali. Foto hiasan

53 tentera Mali maut dalam serangan pengganas

BAMAKO: Seramai 53 tentera maut dalam serangan pengganas ke atas penempatan pasukan keselamatan itu, di timur laut Mali.

“Jumlah kematian meningkat kepada 54 orang, termasuk seorang mangsa orang awam, namun keadaan adalah terkawal.

“Siasatan mengenai kejadian di Indelimane di wilayah Menaka itu juga sedang dijalankan,” kata Menteri Komunikasi Mali, Yaya Sangare di Twitter.

Ia berlaku kira-kira sebulan selepas dua penyerang membunuh 40 tentera, di kawasan berhampiran sempadan Burkina Faso.

Namun, sehingga kini, tiada pihak mengaku bertanggungjawab dalam serangan semalam.

Terdahulu, Kerajaan Mali mengutuk serangan pengganas itu yang mengakibatkan ramai mangsa terbunuh atau cedera, tetapi tidak mendedahkan angka sebenar mereka yang terkorban.

Bagaimanapun, kerajaan berkata, bantuan sudah dihantar ke kawasan terbabit bagi mengukuhkan kawalan keselamatan dan mengesan penyerang. - AFP

Berita Harian X