Jumaat, 6 Disember 2019 | 8:37pm
BOT penyelamat digunakan untuk memindahkan mangsa banjir di Kenya. - Foto ihsan Phys.org

Banjir, tanah runtuh di Afrika Timur catat 265 kematian

NAIROBI: Sekurang-kurangnya 265 maut apabila hujan berpanjangan selama dua bulan menenggelamkan kampung dan ladang serta menyebabkan aliran lumpur menghentam rumah di seluruh Afrika Timur.

Pakar kaji cuaca turut memberi amaran keadaan akan bertambah buruk.

Hujan lebat menjejaskan hampir dua juta penduduk dan menghanyutkan puluhan ribu ternakan di Kenya, Somalia, Burundi, Tanzania, Sudan Selatan, Uganda, Djibouti dan Habsyah.

Dengan ribut tropika yang bakal melanda Somalia dan ramalan lebih banyak hujan di rantau berkenaan dalam beberapa minggu akan datang, kebimbangan semakin meningkat mengenai penyakit bawaan air dan prospek kebuluran kerana tanaman musnah dalam bencana itu.

Di Burundi, 38 maut malam kelmarin selepas hujan lebat menyebabkan tanah runtuh yang menghanyutkan komuniti di kaki bukit di barat laut negara itu, menurut kiraan pasukan polis wilayah semalam.

“Ia berlaku pada waktu malam, apabila semua orang di rumah, dan tanah runtuh melanda tiga bukit sangat curam dan menimbus semua dalam laluannya.

“Seluruh keluarga tertimbus hidup-hidup di rumah mereka. Ia amat menakutkan,” kata seorang saksi.

Kenya paling teruk terjejas dengan 132 maut dan 17,000 kehilangan tempat tinggal, sekolah, jalan raya dan pusat kesihatan dinaiki air dan

istem perairan tersumbat di seluruh negara, kata jurucakap kerajaan, Cyrus Oguna, dalam kenyataan semalam. — AFP

Berita Harian X