Selasa, 7 April 2020 | 8:39am
Anggota polis Mali. - Foto AFP
Anggota polis Mali. - Foto AFP

25 tentera Mali terbunuh

BOMAKO: Seramai 25 tentera Mali terbunuh dan enam cedera dalam serangan militan, semalam.

Dalam satu kenyataan pemerintah, keganasan terbaharu di negara Afrika Barat yang dilanda perang.

Serangan pengganas itu menyasarkan pangkalan tentera di bandar utara Bamba dipercayai menggunakan kereta dan motosikal.

"Siasatan lanjut sedang diteruskan berikutan jumlah kematian lebih tinggi daripada 20 kematian yang diumumkan awal, kata pegawai itu.

Mali sekian lama bergelut membantah pemberontakan militan yang kali pertama berlaku di utara pada 2012, dan sejak itu merebak ke pusat negara dan negara-negara Burkina Faso dan Niger.

Beribu-ribu tentera dan orang awam Mali meninggal dunia, walaupun terdapat beribu-ribu pasukan Perancis dan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

Penduduk Bamba yang enggan dikenali berkata, lelaki bersenjata dilihat menaiki motosikal berhampiran kampung sejak kelmarin sebelum melancarkan serangan awal pagi semalam.

“Kami melihat 23 mayat bergelimpangan di kawasan itu.

“Tiada orang awam terkorban kerana serangan itu disasarkan ke kem tentera,” katanya sambil menambah kumpulan itu memusnahkan kem dan melarikan peralatan yang ada.

Butiran mengenai serangan disahkan pegawai tenteranya yang mengatakan serangan itu disasarkan di Bamba namun kemusnahan membabitkan kedua-dua bahagian.

Serangan di Mali turut berlaku pada Ahad lalu, dicetuskan kumpulan militan di utara Cameroon

Dua pengebom berani mati dipercayai kumpulan militan Boko Haram yang mengebom bandar di tengah Afrika membunuh lapan orang. -AFP

Berita Harian X