Jumaat, 14 Julai 2017 | 12:34pm

Suspek rempuhan di Times Square mengaku tidak bersalah


RICHARD Rojas didakwa di Mahkamah di New York City, A.S.- Foto Reuters

NEW YORK: Seorang lelaki yang didakwa membunuh seorang wanita dan mencederakan 22 yang lain dengan merempuh mereka dengan kereta di Times Square pada 18 Mei lalu, mengaku tidak bersalah atas semua pertuduhan.

Richard Rojas, 26, mengaku tidak bersalah atas tuduhan membunuh, cubaan membunuh dan mencederakan yang dikenakan terhadapnya pada 24 Mei lalu.

Rojas yang juga bekas tentera, memandu kereta Honda miliknya lalu merempuh orang ramai di laluan pejalan kaki, sebelum terbabas.

Peguamnya gagal dihubungi untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Insiden itu menyebabkan Alyssa Elsman, 18, maut, manakala 22 lagi cedera.

Menurut sumber polis, Rojas dipercayai di bawah pengaruh dadah ketika kejadian.

Pihak penguat kuasa pula memberitahu ABC News, Rojas khayal akibat ganja sintetik. - Reuters

Berita Harian X