Khamis, 31 Ogos 2017 | 9:13am
RIBUT Tropika Irma membentuk di timur Atlantik semalam dan diramal menjadi taufan menuju Caribbean. - Foto NOAA
RIBUT Tropika Irma membentuk di timur Atlantik semalam dan diramal menjadi taufan menuju Caribbean. - Foto NOAA

Ribut Irma ancam Caribbean

MIAMI: Ribut Tropika Irma membentuk di timur Atlantik semalam dan diramal menjadi taufan menuju Caribbean, kata pemerhati cuaca Amerika Syarikat.

Irma kini berada 770 kilometer ke barat Cape Verde, kata Pusat Taufan Kebangsaan beribu pejabat di Miami.

Ia mengumpul kekuatan angin maksimum 95 kilometer sejam dan bergerak ke barat pada kelajuan 24 kilometer sejam.

Irma berlaku ketika Harvey, yang membadai Texas dan Louisiana membawa hujan lebat beberapa hari, mengakibatkan banjir dan menyebabkan ribuan rumah ditenggelami air.

Ribut itu jauh dari darat setakat ini, tetapi menuju tepat ke selatan Caribbean, ke kawasan antara wilayah AS di Puerto Rico dan pantai utara Amerika Selatan.

"Peningkatan kekuatan ribut diramal dalam masa 48 jam dan Irma dijangka menjadi taufan hari ini atau esok," kata agensi itu. - AFP

Berita Harian X