Rabu, 6 September 2017 | 11:50am
Taufan Irma mencecah tahap lima berputar di Lautan Atlantik pada laluan dengan Puerto Rico dan Kepulauan Virgin, ditunjukkan dalam imej satelit NASA GOES yang diambil pada 5 September 2017. - Foto REUTERS

Taufan Irma diramal badai Florida, Carribean

MARIGOT: Pihak berkuasa Key West, Florida dan pulau pelancongan Caribbean mengarahkan orang ramai berpindah susulan ramalan Taufan Irma yang mencecah tahap lima, bakal melanda kawasan itu.

Pusat Taufan Kebangsaan (NHC) yang berpangkalan di Miami melaporkan, taufan Irma turut membawa angin dengan kelajuan 300 kilometer sejam.

Pada masa sama, ia dijangka membawa hujan setinggi 50 sentimeter ke beberapa kawasan terbabit.

"Jumlah hujan ini bakal menyebabkan berlakunya banjir kilat dan lumpur yang mengancam nyawa," kata NHC yang memberi amaran supaya penduduk segera berpindah.

Program Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNICEF) turut menggesa kerajaan di wilayah itu melindungi ribuan kanak-kanak dan keluarga mereka yang bakal terjejas, sebaik taufan itu melanda. - AFP


Pasangan melihat matahari terbenam dari pinggir laut ketika Taufan Irma menghampiri Puerto Rico di Fajardo, Puerto Rico. - Foto AFP

Berita Harian X