Ahad, 17 September 2017 | 7:12am
TAUFAN Norma ketika mendekati Semenanjung Baja California di selatan Mexico. - Foto AFP

Norma semakin lemah

MEXICO CITY: Kekuatan Taufan Norma menurun ketika mendekati Semenanjung Baja California di selatan Mexico, kata Pusat Taufan Kebangsaan (NHC) Amerika Syarikat.

Pada jam 4 petang waktu tempatan, Norma berada 355 kilometer ke selatan Cabo San Lucas, pusat tumpuan pelancong dan bergerak ke utara pada kelajuan lima kilometer sejam.

Ribut berkenaan, yang sebelum ini diletakkan sebagai taufan Kategori Satu, mengumpul kekuatan angin sehingga 105 kilometer sejam.

Ia dijangka terus lemah dalam masa dua hari lagi. Ketika menuju ke utara, pusat ribut itu semakin dekat dengan Baja California Sur atau menuju ke barat semenanjung.

Norma membawa hujan sehingga 20 sentimeter ke selatan Baja California Sur, yang boleh menyebabkan banjir kilat, kata NHC. - REUTERS

Berita Harian X