Isnin, 1 Januari 2018 | 2:33pm

Pegawai polis maut, 6 cedera ditembak

DENVER: Seorang lelaki menembak mati timbalan sherif dan mencederakan enam lagi dalam kejadian di kompleks pangsapuri berhampiran Denver, sebelum dia dibunuh polis, kata Pejabat Sherif Daerah Douglas.

Menurut Sheriff Tony Spurlock, empat timbalan lain dan dua orang awam antara yang tercedera selepas ditembak suspek dikenal pasti sebagai Matthew Riehl, 37, yang mempunyai banyak rekod jenayah.

Katanya, beliau tidak jelas mengapa insiden seumpama itu semakin meningkat.

"Semua mereka ditembak sangat cepat sebelum masing-masing terbaring dalam beberapa saat," kata Spurlock kepada wartawan pada sidang media dan menyebutnya sebagai 'serangan hendap'.

Menurut pejabat sherif, mereka bergegas ke lokasi menerima panggilan mengenai 'gangguan bising' di kompleks pangsapuri di Highland Ranch, terletak kira-kira 26 kilometer dari Denver pada jam 3.00 pagi waktu tempatan.

Kemudian, dua lelaki yang berada dalam pangsapuri dan seorang daripadanya memberitahu pegawai bahawa terdapat lelaki lain berperangai pelik dan mungkin kurang siuman.

Pegawai berkenaan meninggalkan lokasi kejadian selepas mendapati tiada unsur jenayah berlaku.

Kira-kira jam 5.15 pagi, pegawai kembali semula ke pangsapuri berkenaan selepas menerima aduan kedua.

Sejurus mereka yang memasuki kediaman itu, suspek bertindak melepaskan tembakan dari sebuah bilik dan menyebabkan Timbalan Zackari Parrish, 29, maut dan tiga yang lain cedera.

Sementera itu, Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump berkata dalam akaun Twitter: 'Ucapan takziah kepada mangsa dalam insiden tembakan yang dahsyat di Douglas [email protected] dan keluarga mereka". - Reuters.

Berita Harian X