Rabu, 24 Januari 2018 | 12:18am
Sekolah Menengah Daerah Marshall di Benton, Kentucky tempat berlakunya kejadian tembakan.
Sekolah Menengah Daerah Marshall di Benton, Kentucky tempat berlakunya kejadian tembakan.

1 maut ditembak di sekolah AS

CHICAGO: Seorang terbunuh dan beberapa yang lain cedera dalam kejadian tembakan di sebuah sekolah menengah di Kentucky, kata gabenor negeri itu.

Matt Bevin berkata, suspek insiden di Sekolah Menengah Daerah Marshall di Benton, Kentucky, itu sudah ditahan.

"Berlaku kes tembakan tragik di Sekolah Menengah Marshall. Penembak ditahan, seorang disahkan maut, ramai lagi cedera...," katanya menerusi Twitter. - AFP

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X