Isnin, 29 Januari 2018 | 10:10am
Bruno Mars (tengah) menerima Anugerah Grammy untuk Lagu Terbaik. - Foto AFP

Bruno Mars, Kendrick Lamar rangkul tiga anugerah Grammy

NEW YORK: Bruno Mars dan Kendrick Lamar mengungguli Anugerah Grammy semalam, dengan memenangi tiga anugerah, manakala Jay-Z yang memperoleh pencalonan terpaksa berputih mata.

Lamar menewaskan Jay-Z dalam ketiga-tiga kategori, iaitu lagu rap terbaik, persembahan terbaik dan video muzik terbaik menerusi lagu 'Humble'.

Mars pula merangkul anugerah kategori persembahan R&B dan lagu terbaik menerusi 'That't What I Like' serta album R&B terbaik untuk album bertajuk '24k Magic'.

Album itu turut dinobatkan sebagai pemenang kategori kejuruteraan album terbaik, iaitu kategori khas bagi mengiktiraf hasil kerja jurutera bunyi.

Kesemua anugerah terbabit disampaikan tiga jam lebih awal dari acara kemuncak. - Reuters


Bruno Mars (tengah) membuat persembahan pada Majlis Anugerah Grammy.. - Foto REUTERS

Berita Harian X