Sabtu, 24 Februari 2018 | 7:37am
PEMANDANGAN jauh Sekolah Tinggi Marjory Stoneman Douglas lokasi tragedi tembakan rambang di Parkland, Florida, minggu lalu. - Foto REUTERS
PEMANDANGAN jauh Sekolah Tinggi Marjory Stoneman Douglas lokasi tragedi tembakan rambang di Parkland, Florida, minggu lalu. - Foto REUTERS

Florida tempatkan polis di sekolah

MIAMI: Seorang pegawai polis akan ditempatkan di semua sekolah awam di Florida, sebagai usaha meningkatkan kawalan keselamatan susulan tragedi tembakan rambang minggu lalu.

Usaha meningkatkan kawalan keselamatan itu dibuat selepas pejabat sherif daerah mendedahkan bahawa puluhan pelawat mengunjungi kediaman Nikolaz Cruz, 19, iaitu suspek utama peristiwa berdarah di Sekolah Tinggi Stoneman itu.

Bercakap dalam sidang media di Tallahassee, gabenor Republikan, Rick Scott mengumumkan kos plan keselamatan berkenaan adalah AS$450 juta (RM1.76 bilion).

"Tiada apa yang lebih penting selain dari keselamatan anak-anak kita. Kita perlu mengambil berat hal ini.

Poster dan tanda tangan pelawat bagi memperingati mangsa tembakan rambang kelihatan di pagar Sekolah Tinggi Marjory Stoneman Douglas di Parkland, Florida. - Foto AFP
Poster dan tanda tangan pelawat bagi memperingati mangsa tembakan rambang kelihatan di pagar Sekolah Tinggi Marjory Stoneman Douglas di Parkland, Florida. - Foto AFP

"Saya mahu sekurang-kurangnya seorang pegawai keselamatan ditempatkan untuk setiap 1,000 pelajar," katanya.

Ditanya mengenai saranan Presiden Donald Trump untuk setiap guru membawa senjata, Scott berkata fokus utama beliau adalah untuk menyediakan lebih ramai pegawai keselamatan, bukan membekalkan senjata untuk guru.

Scott turut mencadangkan pengharaman 'bump stocks' iaitu aksesori yang mampu mengubah senjata separa automatik kepada automatik sepenuhnya, sekali gus memudahkan mahkamah mengenakan larangan ke atas individu berpenyakit mental dari memiliki senjata api.

Berita Harian X