Khamis, 8 March 2018 | 7:58pm
Wartawan melihat laman sesawang Barbie "Inspiring Women" siri baru, yang menampilkan Amelia Earhart, Frida Kahlo dan Katherine Johnson. - Foto AFP
Wartawan melihat laman sesawang Barbie "Inspiring Women" siri baru, yang menampilkan Amelia Earhart, Frida Kahlo dan Katherine Johnson. - Foto AFP

Koleksi baharu Barbie iktiraf tokoh Wanita

NEW YORK: Syarikat pengeluar permainan, Mattel, melancarkan koleksi terbaharu patung Barbie yang berinspirasikan tokoh wanita, termasuk pemain papan salji Amerika Syarikat, Chloe Kim; aktivis pemuliharaan, Bindi Irwin dan pelukis terkenal Mexico, Frida Kahlo.

Pengumuman koleksi itu dibuat semalam, sempena sambutan Hari Wanita Antarabangsa, hari ini.

Kebanyakan daripada patung itu dihasilkan berpandukan kisah tokoh wanita yang masih hidup seperti juara bola tampar China, Hui Ruoqi; chef terkenal Perancis, Helene Darroze dan juara tinju British, Nicola Adams.

Ia turut menampilkan koleksi 'Inspirasi Wanita' berdasarkan selebriti sejarah seperti juruterbang perintis wanita, Amelia Earhart dan pakar Matematik, Katherine Johnson yang terkenal menerusi filem 'Hidden Figures' terbitan Hollywood pada 2016.

Bagaimanapun, koleksi terbaharu patung Barbie itu masih mengekalkan imej tidak realistik, iaitu terlalu kurus dan tiada lemak yang sering ditampilkan sebelum ini. - AFP

Berita Harian X