Jumaat, 23 March 2018 | 7:43am
JOHN Bolton (kiri) dan HR McMaster. - Foto Reuters

Trump singkir McMaster, Bolton sebagai ganti

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump hari ini memecat penasihat keselamatan kebangsaan, HR McMaster dan digantikan dengan bekas pengulas Fox News juga duta Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), John Bolton.

"Saya dengan sukacitanya mengumumkan bahawa berkuatkuasa 9 April 2018, John Bolton akan menjadi Penasihat Keselamatan Kebangsaan saya yang baharu," kata Trump dalam Twitter.

"Saya sangat berterima kasih dengan perkhidmatan yang diberikan oleh Jeneral HR McMaster yang melaksanakan tugas dengan cemerlang. Beliau akan tetap menjadi sahabat saya. Majlis penyerahan kuasa secara rasmi akan diadakan pada 9 April ini. - AFP

Kemelut Kerajaan

Berita Harian X