Selasa, 3 April 2018 | 4:10pm
SAIFULLAH Khalid (dua dari kiri , Presiden parti politik MILI Muslim (MML) ketika sidang akhbar di Islamabad. - Foto REUTERS
SAIFULLAH Khalid (dua dari kiri , Presiden parti politik MILI Muslim (MML) ketika sidang akhbar di Islamabad. - Foto REUTERS

Washington dakwa Liga Muslim Milli pengganas

ISLAMABAD: Amerika Syarikat mengumumkan bahawa Liga Muslim Milli tersenarai dalam senarai pertubuhan pengganas asing yang dikeluarkan hari ini.

Senarai terbaharu itu, sekali gus mengaitkannya dengan kumpulan militan disyaki oleh Washington dan India bertanggungjawab dalam serangan di Mumbai pada 2008 yang mengorbankan 166 mangsa.

Parti politik yang diketuai oleh Hafiz Saeed itu, mula dikenali selepas menampilkan calon dalam pilihan raya kecil pada September 2017, bagi mengisi kerusi yang dikosongkan oleh Perdana Menteri, Nawaz Sharif.

Amerika Syarikat menawarkan wang ganjaran AS$10 juta (RM38.66 juta) ke atas mana-mana pihak yang berjaya menangkap Hafiz.

Hafiz adalah pengasas Lashkar-e-Taiba (LeT) atau Tentera Murni, yang turut termasuk dalam senarai pengganas Amerika Syarikat dan didakwa bertanggungjawab oleh Amerika Syarikat dan India dalam insiden pengeboman di Mumbai pada 2008.

Namun, Hafiz sering kali menafikan pembabitannya dalam serangan berkenaan. - Reuters

Berita Harian X