Khamis, 12 April 2018 | 7:31am
Nikolas Cruz duduk mendengar hujah hakim di Mahkamah Broward di Fort Lauderdale, Florida. - Foto REUTERS
Nikolas Cruz duduk mendengar hujah hakim di Mahkamah Broward di Fort Lauderdale, Florida. - Foto REUTERS

Penembak sekolah mahu derma harta

MIAMI: Penembak di sebuah sekolah di Parkland, Nikolas Cruz mahu mendermakan hartanya yang dipercayai bernilai ratusan ribu dolar kepada keluarga mangsa dan mereka yang terselamat dalam serangan itu," kata peguamnya hari ini.

Pada 14 Februari lalu, Cruz melepaskan tembakan rambang di sekolah tinggi Marjory Stoneman Douglas di bandar Parkland, Florida Selatan menggunakan senjata separa automatik jenis AR-15.

Dia dituduh melakukan 17 pembunuhan dirancang dan berdepan 17 tuduhan cubaan membunuh. Pendakwa menuntut hukuman mati.

Pada sidang mahkamah semalam, Hakim Broward County, Elizabeth Scherer menentukan sama ada Cruz yang diwakili peguam pembela umum mampu membayar peguamnya.

Peguamnya belum dapat menentukan nilai warisan yang ditinggalkan kepadanya selepas kematian ibunya, Lynda Cruz pada November lalu.

Namun, laporan tempatan yang memetik anggota keluarganya menyebut, mendiang ibunya menyediakan tabung amanah bernilai AS$800,000 (RM3.1 juta) untuknya.

Bagaimanapun, pasukan perundangan Cruz mencadangkan sebarang warisan yang mungkin diperoleh harus disalurkan kepada mangsa-mangsa Cruz dan bukan membayar harga peguam yang mahal. - AFP

Berita Harian X