Isnin, 23 April 2018 | 8:09am
MENTERI-MENTERI Luar Kumpulan Tujuh (G7) negara industri mengadakan pertemuan di Toronto, Ontario. - Foto AFP
MENTERI-MENTERI Luar Kumpulan Tujuh (G7) negara industri mengadakan pertemuan di Toronto, Ontario. - Foto AFP

Menteri Luar G7 bincang isu Russia, Iran, Korea Utara

TORONTO: Menteri-Menteri Luar Kumpulan Tujuh (G7) negara industri mengadakan pertemuan di sini, semalam, bagi mencari kata sepakat berhubung isu membabitkan Presiden Russia, Vladimir Putin.

Ia berikutan kebimbangan mengenai sokongan Moscow terhadap pemimpin Syria, Presiden Bashar Al-Assad dan cubaan membunuh perisik yang didakwa sebagai pembelot menggunakan agen saraf di Britain.

Pertemuan itu juga bertujuan mendapatkan maklum balas daripada Amerika Syarikat mengenai pendirian Presiden Donald Trump berhubung isu perjanjian nuklear dengan Iran dan sidang kemuncak bersama Presiden Korea Utara, Kim Jong-un.

Mesyuarat itu diadakan menjelang sidang kemuncak G7 yang dijadualkan berlangsung Jun depan di Charlevoix, Quebec.

Sementara itu, Menteri Luar Kanada, Chrystia Freeland, selaku tuan rumah turut mengadakan perbincangan mengenai isu krisis di Ukraine bersama rakan sejawatannya di dalam G7 dan wakil dari Kesatuan Eropah.

Ketika ini, pemberontak yang mendapat sokongan Russia sedang menguasai timur wilayah Donbas, di Ukraine. - AFP

Berita Harian X