Sabtu, 5 Mei 2018 | 7:20am
PRESIDEN Donald Trump akan menerima kunjungan rakan sejawatannya dari Korea Selatan, Moon Jae-in pada 22 Mei ini di Rumah Putih. - Foto AFP
PRESIDEN Donald Trump akan menerima kunjungan rakan sejawatannya dari Korea Selatan, Moon Jae-in pada 22 Mei ini di Rumah Putih. - Foto AFP

Trump jumpa Jae-in 22 Mei

WASHINGTON: Presiden Donald Trump akan menerima kunjungan rakan sejawatannya dari Korea Selatan, Moon Jae-in pada 22 Mei ini di Rumah Putih, iaitu menjelang pertemuannya dengan pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un.

"Sidang kemuncak ketiga di antara kedua-dua pemimpin itu akan mengukuhkan lagi hubungan antara Amerika Syarikat dan Republik Korea.

"Presiden Trump dan Presiden Jae-in akan meneruskan koordinasi antara mereka mengenai pelbagai perkembangan membabitkan Semenanjung Korea susulan Sidang Kemuncak antara dua negara di Semenanjung Korea pada 27 April lalu.

"Kedua-dua pemimpin itu juga akan membincangkan hasil pertemuan antara Jae-in dengan Jong-un," kata Rumah Putih dalam satu kenyataan.

Mengenai pertemuannya dengan Jong-un, Trump berkata, tarikh dan lokasi pertemuannya dengan Jong-un akan diumumkan tidak lama lagi. - AFP

Berita Harian X