Jumaat, 11 Mei 2018 | 5:25am
HARVEY Weinstein (kiri) bersama isterinya Georgina Chapman. - Foto REUTERS

Isteri Weinstein sakit akibat seks

LOS ANGELES: Isteri Harvey Weinstein semalam pertama kali memecah kesunyian berhubung tuduhan salah laku seks suaminya dengan mendedahkan insiden itu menyebabkan beliau jatuh sakit.

"Berat badan saya susut 4.5 kilogram dalam tempoh lima hari. Saya tidak ada selera untuk makan," kata Georgina Chapman kepada majalah Vogue.

Difahamkan, itu adalah kenyataan pertama pengasas bersama jenama fesyen Marchesa itu, sejak skandal suaminya mula didedahkan pada Oktober lalu.

Akhbar New York Times dan majalah New Yorker adalah yang pertama melaporkan tuduhan salah laku seks Weinstein.

"Kepala saya pening. Ia amat sukar kerana artikel pertama membabitkan kes lama sebelum saya berjumpa dia lagi, justeru saya masih tidak boleh membuat tepat lagi ketika itu.

"Kemudian cerita itu semakin meluas dan saya mula sedar bahawa kes itu bukan terpencil," kata pereka fesyen British itu.

Pada hari New Yorker menerbitkan laporan itu, Chapman mengumumkan beliau meninggalkan Weinstein dengan menamatkan hubungan perkahwinan mereka selama 10 tahun.

Perbicaraan penceraian pasangan itu masih berjalan. - Reuters

33 dibaca
Berita Harian X