Jumaat, 11 Mei 2018 | 11:44am
RON Howard menghadiri tayangan perdana 'Solo: A Star Wars Story terbitan Lucasfilm di Teater El Capitan, Los Angeles. - Foto AFP

Tayangan perdana 'Solo' di Los Angeles meriah

LOS ANGELES: Hollywood Boulevard bermandikan cahaya hari ini, dengan kehadiran bintang ternama Hollywood sempena tayangan perdana naskhah terbaharu terbitan Lucasfilm, iaitu filem fiksyen sains, Star Wars.

'Solo: A Star Wars Story', yang bakal ditayangkan di seluruh Amerika Syarikat pada 25 Mei ini, berkisar mengenai penyeludup licik, Han Solo sebelum menjadi ikon penjenayah yang paling dipuja.

Barisan pelakon yang hadir, termasuk Alden Ehrenreich, Woody Harrelson, Emilia Clarke, Donald Glover, Thandie Newton dan Paul Bettany.

"Saya melihatnya sebagai satu lagi pengembaraan dalam kehidupan Chewbacca," kata Joonas Suotamo, pemain bola keranjang Finland dengan ketinggian 2.08 meter yang menggantikan Peter Mayhew, sejak 'The Force Awakens' (2015).

Yang turut hadir, nama besar Lucasfilm, termasuk pengarah 'Solo', Ron Howard; ketua studio, Kathleen Kennedy dan penulis 'Star Wars', Lawrence Kasdan serta komposer John Williams.

Bintang alumni Star Wars seperti Mark Hamill, Ewan McGregor, Sofia Vergara, Alexandra Daddario, Benjamin Bratt dan Johnny Knoxville turut hadir. - AFP

Kemelut Kerajaan

Berita Harian X