Selasa, 12 Jun 2018 | 9:23am
Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau mengadakan sidang akhbar selepas tamatnya Sidang Kemuncak G7 di La Malbaie, Charlevoix, Quebec, Kanada pada 9 Jun lalu. - Foto EPA-EFE
Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau mengadakan sidang akhbar selepas tamatnya Sidang Kemuncak G7 di La Malbaie, Charlevoix, Quebec, Kanada pada 9 Jun lalu. - Foto EPA-EFE

Parlimen Kanada kutuk Trump

OTTAWA: Parlimen Kanada sebulat suara mengutuk serangan peribadi terhadap Perdana Menteri, Justin Trudeau oleh Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.

Anggota Parlimen turut memberi persetujuan sebulat suara bagi menyokong usul membabitkan keluli dan aluminium negara itu yang berdepan tekanan tarif dari Amerika Syarikat, selain sistem pengurusan bekalan yang menyokong sektor utama pertanian.

Semua anggota Parlimen turut menyatakan sokongan sepenuhnya terhadap tindakan yang diambil oleh Kerajaan Kanada ke atas serangan lisan oleh Trump terhadap Trudeau.

Usul itu dibentangkan oleh pihak pembangkang New Democrats, juga menolak 'kenyataan sama yang dikeluarkan oleh pegawai kanan Amerika Syarikat yang boleh menjejaskan hubungan dua hala' antara kedua-dua negara'.

Semalam, penasihat perdagangan Rumah Putih, Peter Navarro dilaporkan berkata: "Terdapat tempat yang istimewa di neraka untuk Trudeau kerana amalan diplomasinya yang teruk dengan Trump".

Kenyataan Navarro itu dikeluarkan ketika perselisihan perdagangan antara kedua-dua negara semakin memuncak.

Sementara itu, Trudeau dilaporkan tidak menghadiri sidang Parlimen semalam, kerana mempunyai acara 'peribadi'.

Perdana Menteri Kanada itu mengambil sikap berdiam diri sejak Trump menggelarnya sebagai 'sangat tidak jujur dan lemah', selain bertindak menarik diri daripada menyokong Kumpulan Tujuh (G7), yang mengadakan sidang kemuncaknya di Quebec, pada Sabtu lalu. - Reuters

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X