Khamis, 21 Jun 2018 | 4:04pm
- Gambar hiasan

Trump arah henti pisah anak-anak pendatang

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mengarahkan pemisahan anak-anak pendatang daripada ibu bapa mereka di sempadan negara itu dihentikan, mengubah dasar keras yang mendapat tekanan dari anggota Republikan, Demokrat dan masyarakat antarabangsa.

Keputusan luar biasa itu dibuat selepas lebih 2,300 kanak-kanak daripada ibu bapa dan keluarga selepas menyeberang ke sempadan sejak 5 Mei lalu dan mereka ditempatkan di khemah kem serta kemudahan lain tanpa ada sebarang cara untuk menghubungi keluarga mereka.

Menurut beberapa laporan media Amerika Syarikat (AS) yang memetik kenyataan dari pegawai Jabatan Perkhidmatan Kesihatan dan Manusia (HHS), walaupun perintah itu dikeluarkan, tidak ada rancangan untuk menyatukan ribuan kanak-kanak yang sudah terpisah daripada keluarga mereka.

The New York Times melaporkan semua kanak-kanak itu akan tetap terpisah daripada ibu bapa mereka dan berada di bawah jagaan kerajaan persekutuan ketika proses imigrasi.

"Masih terlalu awal dan kami masih menunggu arahan seterusnya berhubung perkara itu, penyatuan semula sentiasa menjadi matlamat asal," kata Pengarah Kanan Komunikasi HHS, Brian Marriott. - AFP

Berita Harian X