Jumaat, 20 Julai 2018 | 7:10pm
GAMBAR fail, Presiden Donald Trump (kanan) memandang ke arah Penasihat Keselamatan Negara White House, John Bolton (kiri) dan penasihat ekonomi Larry Kudlow (tengah) di estet Trump's Mar-a-Lago di Palm Beach, Amerika Syarikat. - Foto REUTERS

Trump jemput Putin ke Washington

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump hari ini mengarahkan penasihat keselamatan nasional beliau, John Bolton supaya menjemput Presiden Russia, Vladimir Putin ke Washington untuk persidangan pada musim luruh depan.

"Presiden Trump mengarahkan @Ambjohnbolton menjemput Presiden Putin ke Washington pada musim luruh depan dan perbincangan mengenai lawatan ini sudah bermula," kata jurucakap Rumah Putih, Sarah Sanders menerusi Twitter.

Perkembangan mengenai jemputan itu berlaku empat hari selepas Trump bertemu pemimpin Russia terbabit di Helsinki.

Trump dan Putin semalam menyalahkan pihak dalam AS kerana mengutuk kejayaan persidangan mereka dengan Presiden AS itu menyatakan beliau mahukan pertemuan kedua. - Reuters

Kemelut Kerajaan

Berita Harian X