Rabu, 1 Ogos 2018 | 7:35am
PENUMPANG keluar berdiri di sepanjang landasan kereta api selepas dua kereta api berlanggar di Machu Picchu. - Foto AFP
PENUMPANG keluar berdiri di sepanjang landasan kereta api selepas dua kereta api berlanggar di Machu Picchu. - Foto AFP
KEADAAN kereta api selepas berlanggar di Machu Picchu. - Foto AFP
KEADAAN kereta api selepas berlanggar di Machu Picchu. - Foto AFP

23 cedera kereta api berlanggar di Machu Picchu

LIMA: Beberapa pelancong asing cedera apabila dua kereta api berlanggar berhampiran tapak tinggalan tamadun Inca yang kini menjadi tarikan popular pelancong, Machu Picchu, semalam.

Ketua Polis pekan Urubamba, Eulogio Farfan berkata, polis masih menyiasat punca kemalangan itu yang berlaku di perkampungan Ollantaytambo ke Machu Picchu di selatan Peru.

Farfan berkata, sekurang-kurangnya 13 orang cedera dalam kemalangan berkenaan, kebanyakannya pelancong asing.

Pegawai polis di Ollantaytambo, Edson Quispe pula berkata, seramai 23 pelancong cedera dalam insiden terbabit.

Menurut Farfan, kereta api dikendalikan oleh PeruRail S.A dan dimiliki bersama Belmond Ltd serta Ferrocarrol Transandino SA melanggar sebuah kereta api lain milik Inca Rail, iaitu perkhidmatan kereta api khas untuk membawa pelancong ke tarikan utama Peru, Machu Picchu.

Jurucakap Inca Rail berkata, kejadian itu hanya mencederakan seorang pelancong wanita dari Chile dan penumpang lain akan tetap meneruskan perjalanan ke tapak warisan dunia itu.

Sementara itu PeruRail dalam satu kenyataan berkata, mereka telah mengaktifkan protokol kecemasan untuk memindahkan mangsa yang tercedera dan menyiasat punca nahas. - Reuters

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X