Khamis, 2 Ogos 2018 | 9:17am
LIZA Minnelli. - Foto AP
TOPI, but dan ves bersilang yang dipakai oleh pelakon Liza Minelli dalam filem 'Cabaret' berjaya dilelong pada harga AS$81,250 (RM330,546) pada satu majlis di Los Angeles. - Foto Reuters

Lelongan koleksi Liza Minnelli cecah RM4.8 juta

LOS ANGELES: Topi, but dan ves bersilang yang dipakai oleh pelakon Liza Minelli dalam filem 'Cabaret' berjaya dilelong pada harga AS$81,250 (RM330,546) pada satu majlis di Los Angeles, kata penganjur acara itu, Profiles, semalam.

Sementara skrip lengkap bertulis tangan pelakon berkenaan untuk filem yang dihasilkan pada 1972 itu dijual pada harga AS$15,000 (RM61,000).

Acara lelongan 'Love, Liza' selama tiga hari di Los Angeles, menghimpunkan banyak koleksi peribadi pelakon dan penyanyi itu, memperoleh lebih AS$1.2 juta (RM4.8 juta), dengan sebahagian barangan dijual pada harga tiga kali lebih tinggi daripada anggaran sebelum jualan.

Lebih 1,700 lot termasuk barangan milik ibu bapa Minnelli, pelakon Judy Garland dan pengarah filem Vincente Minnelli, dan ratusan topi, skaf dan pakaian direka Halston sejak tahun 1970-an.

Rambut palsu perang Garland daripada filem 'Wizard of Oz', yang kemudian diganti dengan tocang coklat ringkas, dijual pada harga AS$17,500 (RM71,192), 16 kali lebih tinggi daripada anggaran asal.

Sementara koleksi gambar Vincente Minnelli sepanjang kerjaya filemnya pula mencecah 's photo collection spanning $11,875 (RM48,308).

Barangan dari 'Cabaret', yang memberikan Oscar kepada Minnelli bagi lakonannya sebagai penyanyi kelab malam Berlin, Sally Bowles dan menjadi kemuncak kerjayanya, menarik bidaan sengit. - Reuters

Berita Harian X