Isnin, 17 September 2018 | 11:52am
KELIHATAN sebuah bot tersadai menghempas sebuah rumah selepas dipukul badai ribut Florence di New Bern, Carolina Utara. - Foto REUTERS
KELIHATAN sebuah bot tersadai menghempas sebuah rumah selepas dipukul badai ribut Florence di New Bern, Carolina Utara. - Foto REUTERS

16 maut di Carolina Utara, banjir dijangka buruk

WILMINGTON: Carolina Utara menerima hujan lebih lebat semalam yang dibawa ribut Florence, menyebabkan hubungan bandar raya Wilmington terputus dan merosakkan puluhan ribu rumah.

Ia turut mengancam menyebabkan banjir buruk apabila paras sungai semakin melimpah.

Angka kematian meningkat kepada sekurang-kurangnya 16. Florence menurun kekuatan menjadi ribut tropika semalam, menurunkan sehingga 100 sentimeter hujan di beberapa bahagian di Carolina Utara sejak Khamis lalu, dan terus menyebabkan hujan lebatdi negeri itu dan di timur Carolina Selatan, kata Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan.

“Ribut itu tidak pernah bahaya berbanding sekarang ini,” kata Gabenor Carolina Utara, Roy Cooper, kepada sidang akhbar.

Banyak sungai semakin melimpah dan tidak dijangka terus meningkat sehingga lewat kelmarin atau semalam.

Beberapa sungai juga dijangka tidak terus melimpah sehingga hari ini atau esok, kata agensi cuaca.

Lebih 900 diselamatkan daripada banjir dan 15,000 masih berada di pusat perlindungan di negeri itu.

Kebanyakan yang diselamatkan berada dalam bot di Wilmington, bandar raya dengan 117,000 penduduk di semenanjung antara Sungai Cape Fear dan Lautan Atlantik.

Berita Harian X