Jumaat, 21 September 2018 | 3:49pm
JAKET yang dipakai oleh aktor Harrison Ford sebagai Han Solo dalam filem Star Wars ‘Empire Strikes Back’ gagal dijual dalam lelongan memorabilia filem di sini, semalam. - Foto AFP

Jaket Han Solo gagal dijual

LONDON: Jaket yang dipakai oleh aktor Harrison Ford sebagai Han Solo dalam filem Star Wars ‘Empire Strikes Back’ gagal dijual dalam lelongan memorabilia filem di sini, semalam.

Jaket biru-kelabu itu ditemui di sebuah syarikat kostum dan adalah satu-satunya kostum daripada tiga filem asal Star Wars yang dilelong untuk awam.

Barangan itu sebelum dijual dianggarkan boleh mencapai nilai jualan sehingga AS$1.33 juta (RM5.49 juta) tetapi selepas lelongan ia hanya mencapai RM2.42 juta.

“Jaket Han Solo tidak memenuhi jangkaan tetapi kami sudah menerima pertanyaan mengenainya selepas lelongan,” kata penganjur jualan, Prop Store yang berpejabat di sini dan Los Angeles, dalam satu kenyataan.

Pengumpul memorabilia berpeluang membeli peralatan dan kostum filem dalam filem lain termasuk ‘Indiana Jones’, ‘Forrest Gump’ dan ‘Back to the Future II.’

Prop Store meletakkan lebih 600 lot membabitkan memorabilia daripada 150 filem dan televisyen untuk jualan. - Reuters

Berita Harian X