Jumaat, 28 September 2018 | 8:21am

FDA lulus ubat kanser paru-paru keluaran Pfizer

BENGALURU: Syarikat farmaseutikal Amerika Syarikat, Pfizer Inc. (Pfizer) berkata ubat bagi merawat kanser paru-paru yang jarang ditemui sudah mendapat kelulusan Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA), negara itu.

FDA adalah agensi persekutuan Amerika Syarikat yang terletak di bawah pentadbiran Jabatan Kesihatan dan Perkhidmatan Manusia.

Menurut Pfizer, ubat Vizimpro, berupaya membantu pesakit yang mengidap kanser paru-paru sel kecil bukan metastatik (NSCLC) yang sebelum ini, gagal dirawat.

Pfizer berkata, setakat mereka sudah menerima kelulusan bagi 11 rawatan kanser membabitkan 16 petunjuk atau tanda.

Sebelum ini, keberkesanan dan keselamatan Vizimpro sudah diuji ke atas 227 pesakit yang mengalami NSCLC.

“Sebanyak 27 peratus daripada pesakit terbabit dilapor menunjukkan tanda-tanda mengalami batuk, cirit birit dan ruam,” kata Pfizer. - Reuters

Berita Harian X