Selasa, 9 Oktober 2018 | 9:56pm
TAUFAN Michael. - Foto AFP

Taufan Michael ancam selatan AS

MIAMI: Taufan Michael bertukar menjadi ribut Kategori 2 dengan angin selaju 160 kilometer sejam hari ini ketika gabenor Florida memberi amaran ia boleh membawa kemusnahan besar kepada beberapa bahagian di negeri selatan Amerika Syarikat.

Ribut itu, yang kini berada di Teluk Mexico, bergerak ke arah Florida pada kelajuan 19 kilometer sejam dan dijangka tiba esok, membawa bersamanya kekuatan mengancam nyawa dan hujan lebat, kata Pusat Taufan Negara (NHC).

“Ia ribut kuat dan diramal menjadi semakin bahaya.

“Masanya sudah tiba untuk bersiap sedia,” kata Gabenor Florida, Rick Scott.

Scott berkata, ia memberi ancaman membawa maut dan ketika ia masih terus kuat, ribut itu dijangka melanda sebagai Kategori 3, memberi amaran ia boleh membawa kemusnahan keseluruhan kepada beberapa bahagian negeri itu.

Amaran taufan diberi ke seluruh Florida, kawasan rendah di kawasan peranginan berhadapan pandai dan komuniti di timur laut pantai Teluk.

Ramalan cuaca memberi amaran banjir dengan kekuatan ribut dan pasang surut akan meninggikan paras air kepada 2.4 meter hingga 3.6 meter di beberapa kawasan. — AFP

Berita Harian X