Selasa, 20 November 2018 | 9:55am
KERETA polis dan ambulans memenuhi hospital. - Ihsan CNN

2 maut, 2 cedera tembakan di hospital

CHICAGO: Dua maut dan dua lagi cedera kritikal dalam kes tembakan di hospital di Chicago semalam, dan antara terbunuh ialah penembak yang memulakan tembakan di tempat letak kenderaan dan menyerbu ke kemudahan perubatan dan melepaskan tembakan.

Pegawai mengesahkan bahawa pegawai polis antara yang cedera kritikal dalam kejadian di Bahagian Selatan di Hospital Mercy dan Jabatan Bomba Chicago, dalam Twitter juga berkata penembak terbunuh.

Kereta polis dan ambulans memenuhi hospital selepas tembakan itu.

Saluran ABC7 Chicago dan CBS Chiacago, memetik kenyataan sumber, melaporkan dua maut dalam kejadian itu, termasuk penembak, dan dua lagi cedera.

Polis menggeledah hospital berkenaan, kata jurucakap Jabatan Polis Chicago, Anthony Guglielmi.

Hospital terbabit, menerusi Twitter berkata kejadian itu sudah berakhir dan pesakit selamat.

Saksi memberitahu wartawan, tembakan bermula di tempat letak kenderaan sebelum bergerak ke kawasan klinik di dalam hospital.

Polis tidak memberi kenyataan mengenai motif kejadian. — Reuters

Berita Harian X