Sabtu, 8 Disember 2018 | 7:58am
James Alex Fields Jr. - Foto Reuters
James Alex Fields Jr. - Foto Reuters

Penyokong Nazi bersalah tuduhan membunuh

WASHINGTON: Seorang penyokong Nazi berusia 21 tahun didapati bersalah atas tuduhan membunuh darjah pertama semalam, 16 bulan selepas merempuh peserta di perhimpunan fanatik kulit putih di Charlottesville, Amerika Syarikat (AS).

Juri juga mendapati James Alex Fields Jr bersalah atas lima tuduhan mendatangkan kecederaan parah, tiga tuduhan cuba mendatangkan kecederaan dan satu tuduhan langgar lari.

Kejadian pada 12 Ogos 2017 itu meragut satu nyawa, Heather Heyer, 32 tahun dan mencederakan puluhan yang lain, menyebabkan Virginia bertukar sebagai simbol keganasan perkauman di bawah pentadbiran Presiden Donald Trump.

Barisan juri tujuh dan lima wanita mencapai keputusan masing-masing selepas hari pertama berunding sesama mereka.

Pasukan pembela Fields tidak mencabar hujah mendakwa tertuduh adalah pemandu kenderaan yang merempuh peserta pada perhimpunan berkenaan.

Namun mereka mengakui tertuduh berasa takut susulan suasana penuh kecoh termasuk apabila dikerumuni ramai orang termasuk yang lengkap bersenjata.

Pendakwa turut memanggil beberapa saksi dan mangsa termasuk dari beberapa kes yang mengubah hidup mereka.

Menurut saksi, perhimpunan berkenaan berlangsung dalam suasana aman dan penuh keraian selepas pihak berkuasa tempatan mengarahkan kumpulan pelampau kanan bersurai, sekali gus menafikan dakwaan suasana penuh menakutkan oleh tertuduh.

Awal minggu ini, juri membentangkan pesanan dihantar Fields kepada ibunya sebelum menyertai perhimpunan berkenaan selepas diminta untuk berhati-hati.

“Kita bukan pihak yang sepatutnya perlu berhati-hati,” balas tertuduh bersama foto pemimpin Nazi, Adolf Hitler, iaitu tokoh pujaannya sejak sekian lama. - AFP

Berita Harian X