Jumaat, 14 Disember 2018 | 12:24pm

Kanak-kanak warga Guatemala mati dalam tahanan

WASHINGTON: Seorang kanak-kanak perempuan warga Guatemala berusia tujuh tahun meninggal dunia ketika berada dalam tahanan Amerika Syarikat, selepas diberkas polis sempadan negara itu di New Mexico.

“Kanak-kanak perempuan itu menyeberangi sempadan secara haram dari Mexico bersama bapa dan puluhan yang lain.

“Beliau meninggal dunia akibat ‘dehidrasi dan kejutan’,” lapor akhbar The Washington Post yang memetik agensi Kastam dan Perlindungan Sempadan Amerika Syarikat (CBP).

Washington Post yang memetik CBP dalam laporannya berkata, kanak-kanak itu dipercayai tidak makan atau minum selama beberapa hari.

“Beliau mengalami sawan lebih lapan jam selepas ditahan pihak berkuasa, sebelum dibawa ke hospital untuk rawatan.

“Dia meninggal dunia di hospital,” lapor Washington Post. - AFP

Berita Harian X