Sabtu, 12 Januari 2019 | 5:24pm
Rahaf Mohammed al-Qunun. - Foto AFP

Kanada tawar suaka politik kepada remaja Arab Saudi

OTTAWA: Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau mengumumkan negara itu bersedia menawarkan suaka politik kepada remaja perempuan warga Arab Saudi yang melarikan diri daripada keluarganya.

Remaja itu juga memanfaatkan kuasa Twitter untuk menghindari dibawa keluar dari Thailand.

Rahaf Mohammed al-Qunun petang semalam sudah diterbangkan ke Toronto apabila perdana menteri itu membuat pengumuman mengejut, selepas beberapa pegawai terdahulu memberi bayangan bahawa dia berlepas ke Australia.

“Kanada dengan tegas mengatakan pendirian memperjuangkan hak asasi manusia dan wanita di seluruh dunia. Apabila Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengemukakan permintaan kepada kami untuk memberikan suaka kepada al-Qunun, kami menerima,” kata Trudeau.

Langkah itu pastinya akan menjejaskan lagi hubungan Kanada dengan kerajaan yang bertindak mengetepikan negara itu pada Ogos tahun lalu susulan kritikan hak Ottawa di Arab Saudi, mendorong Riyadh untuk mengusir duta Kanada dan memutuskan hubungan perdagangan serta pelaburan sebagai protes.

Kanada juga mencetuskan kemarahan Riyadh dengan menuntut ‘pembebasan segera’ kempen hak banduan, termasuk Samar Badawi, adik perempuan kepada blogger yang dipenjara Raif Badawi, yang keluarganya tinggal di Quebec. - AFP

Berita Harian X