Sabtu, 16 Februari 2019 | 8:17am

Lima maut tembakan rambang di kilang

CHICAGO : Lima maut manakala beberapa pegawai polis cedera apabila seorang lelaki melepaskan tembakan rambang di sebuah kawasan perindustrian pinggir Chicago, semalam.

Ketua Polis Aurora Kristen Ziman berkata, setakat ini lima mangsa disahkan meninggal dunia.

Aurora ialah sebuah bandar kecil yang terletak 65 kilometer di barat tengah Chicago.

Menurut Ziman, beberapa pegawai polis turut cedera termasuk dua pegawai pertama yang memasuki lokasi kejadian apabila tembakan berkenaan dilepaskan pada jam 1.28 petang (waktu tempatan).

Penyerang, disahkan sebagai Gary Martin, 45 yang disahkan sebagai pekerja kilang terbabit turut terbunuh dalam kejadian.

Polis berkata, mereka masih tidak mengetahui motif kejadian. - AFP

Berita Harian X