Selasa, 5 March 2019 | 9:20am
GAMBAR fail, Jane Philpott (kanan) sewaktu dilantik sebagai Presiden Lembaga Perbendaharaan yang baharu bersama Perdana Menteri, Justin Trudeau pada Januari lalu. - Foto REUTERS

Menteri kedua letak jawatan, PM Kanada dijangka kalah

OTTAWA: Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau, berhadapan satu lagi tamparan apabila menteri kedua meletak jawatan semalam, berkata beliau sudah hilang keyakinan dengan cara kerajaan menangani skandal politik yang kian memuncak.

Peletakan jawatan Presiden Lembaga Perbendaharaan yang baru dilantik, Jane Philpott, yang bertanggungjawab dalam keseluruhan perbelanjaan kerajaan, menyebabkan Trudeau kehilangan seorang lagi anggota Kabinet wanita berpengaruh beberapa bulan menjelang pilihan raya yang menunjukkan beliau akan kalah.

Philpott menyuarakan rasa tidak gembira dengan cara tindak balas kerajaan kepada dakwaan pegawai menekan bekas Menteri Kehakiman, Jody Wilson-Raybould, tahun lalu untuk membantu syarikat pembinaan gergasi, SNC-Lavalin Group Inc, mengelakkan perbicaraan rasuah.

“Sedihnya saya sudah hilang keyakinan dengan cara kerajaan menangani perkara ini dan cara ia bertindak balas kepada isu dibangkitkan.

“Saya merumuskan saya perlu meletak jawatan sebagai anggota Kabinet,” kata Philpott dalam kenyataan.

Philpott ialah rakan rapat is a Wilson-Raybould, yang meletak jawatan 12 Februari lalu selepas diturunkan pangkat tanpa dijangka Januari lalu.

Wilson-Raybould berkata, beliau yakin keengganan membantu aid SNC-Lavalin adalah puncanya.

Ketua pembangkang, Andrew Scheer, yang memimpin Parti Konservatif, mengulangi desakan supaya Trudeau meletak jawatan di tengah ‘kelemahan etika’ yang dikatakan melemahkan peraturan undang-undang. — Reuters

Berita Harian X