Sabtu, 20 April 2019 | 3:33pm
PENYELIDIK keselamatan siber Britain mengaku salah cipta virus ransomware ‘WannaCry’ pada 2017.

Wira keselamatan siber mengaku bersalah cipta virus serangan

WASHINGTON: Penyelidik keselamatan siber Britain yang disanjung sebagai wira kerana menghentikan serangan ransomware ‘WannaCry’ pada 2017, mengaku bersalah kepada tuduhan menulis serangan itu di Amerika Syarikat.

Marcus Hutchins, yang didakwa dengan 10 tuduhan di AS, mengaku bersalah dua daripadanya, dengan kerajaan AS bersetuju menggugurkan baki tuduhan ketika hukuman dijatuhkan, menurut dokumen di Mahkamah Daerah di Wisconsin.

“Saya mengaku bersalah terhadap dua tuduhan berkaitan menulis serangan dalam masa tiga tahun sebelum memulakan kerjaya dalam bidang keselamatan,” kata Hutchins, juga dikenali atas talian sebagai

MalwareTech, dalam kenyataan tanpa mengulas lanjut.

Hutchins menjadi terkenal sekelip mata dalam kalangan komuniti penggodam komputer pada Mei 2017 apabila membantu menyekat serangan ransomware WannaCry, yang menjangkiti ratusan ribu komputer dan menyebabkan gangguan di kilang, hospital, kedai dan sekolah di lebih 150 negara.

Beliau ditahan lewat tahun lalu di Las Vegas atas tuduhan tidak berkaitan iaitu membina dan menjual kod jahat yang digunakan untuk mencuri keupayaan perbankan.

Pendakwa AS mendakwa beliau dan seorang lagi defendan mengiklankan, mengedar dan mendapat keuntungan daripada kod serangan dikenali sebagai ‘Kronos’ antara Julai 2014 dan 2015. — Reuters

965 dibaca
Berita Harian X